Saturday 16 March 2024

Day Trip Ke Narathiwat, Thailand


Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st trip ),  bawa passport sekali, kalau-kalau nak cross border. Semasa sampai Gua Musang, google2, ada tour co. buat day trip to Narathiwat.

Jadi ke Narathiwat kali ini dengan menaiki van, malas nak masuk Thailand dengan kereta walaupun kami drive dari Ipoh ke Kota Bharu. Pada awalnya kami naik bus yang disediakan oleh tour agent tapi apabila tiba di Rantau Panjang i.e 1.5km ke kastam checkpoint, jalan jam teruk, bergerak 500 meter dalam 2 jam @ 11:30am  masih belum melepasi border, jadi tour agent decide untuk berpatah balik ke Kota Bharu dan masuk semula ke border keesokkan harinya. Kena extend stay la...












bkfst nasi khao mok viral Khairul Aming katanya, hahaha, berbaris panjang... di Sungai Golok,

simpan nama kedai di sini...ada rezeki lain kali boleh cari lagi...hehe

ceria dalam van lepas dapat pekena nasi khao mok

Selepas bkfst, kami gerak ke Madrasah Al Ahmadiah Al Islamiah, kira-kira 66km dari border, terdapat  Muzium Al Quran di situ dan di muzium, antara terdapat Al-Quran yang usianya tdak kurang 1,000 tahun dari Hadramaut, Yaman yang ditulis tangan diatas kulit-kulit 348 ekor kambing.











Muzium Al-Quran baru siap ( belum dibuka ) kos pembinaan ditaja kerajaan Turkiye


Then gerak 22 km untuk minum-minum di dalam kabin kapal terbang di Lae Bin Cafe, 7km dari Narathiwat Airport. 







Kemudian gerak untuk lunch di Summer Thon, restoran tepi pantai Narathiwat beach













Along Narathiwat Beach



Lepas makan, solat di Masjid Besar Narathiwat




Azan Asar berkumandang


ruang solat utama



Next ke Rim Khuean Market, bazaar makanan (100% peniaga Muslim ) dan pakaian




On the way balik



Last sekali singgah di Golok Night Market and cross border pukul 9 malam


Masjid Muhammadi, Kota Bharu, solat subuh jumaat macam solat Jumaat ( tanpa influencer )


















Sunday 31 December 2023

Bali & Nusa Penida 2023 ( 5D/4N )

 




Kami berempat ke Bali. Harga tiket AirAsia RM380/pax return ( tahun 2018, kami berdua shj ke sini dengan harga RM190 return tiket ). Selepas PKP Covid-19, harga tiket AA kemana-mana pun tidak semurah dahulu. Mujurlah IDR tidak banyak berubah, tukaran pada waktu perjalanan RM1 = IDR3,284


Dua hari sebelum flight beli siap-siap eSim untuk internet thru Shopee, senang activate tanpa perlu sim kad ( sebelum beli make sure eSim compatible dengan model phone kita, check phone listing supplied by seller )



Sebelum flight, book siap-siap motor thru Klook, agent yg supply motor akan tunggu kita di parkir airport utk kita pick-up, advisable sewa Honda Vario @  motor 125 cc ke atas sebab kalau naik turun bukit ( terutama di Nusa Penida yg berlengkok-lengkok naik turun bukit ) legih selamat sbb enjin power sikit .




Jangan lupa untuk ambil takaful coverage thru Etiqa Takaful TripCare 360, covered cashless overseas medical care ( RM300,000 ),  delayed flight, beg rosak, kecacatan kekal/kematian    ( RM900,000 ) etc. Sumbangan takaful hanya RM73.50 utk 4 orang ( RM18/pax )


Kembara kami kali ini ride Honda Vario sejauh 312 km @ 5 hari covering Denpasar, Uluwatu, Sanur, Ubud, Tanah Lot, Seminyak, Kuta & Nusa Penida. Cuma tak sempat nak cover Kintamani / Mount Batur sebab tak jauh dah, dari Ubud cuma 30 km sahaja.


06/12/2023 : Day 1 : Denpasar / Uluwatu












Keluar airport terus cari motor berdasarkan location yang diberi oleh agen yang menyewakan motor. Untuk sewa motor kita sepatutnya kena ada international driving licence, tapi kami tak buat pun sbb sebelum ni guna driving Malaysia dah ok ( Utk buat international driving licence, caj yg dikenakan JPJ ialah RM150, licence valid for 1 year ). Masa pick up motor, dia mnta copy pasport & bila bagi lesen memandu M'sia, dia okay je.




Lepas dapat motor terus google stesen petrol terdekat & isi  minyak penuh tank ( IDR10,000 @ RM3.30 / liter ). Total petrol untuk 5 hari dgn mileage sejauh 312km : IDR102,000 @ RM33 / per motor @ 10 liter. Kami terus ke  Pandawa Hill Resort  ( 16km dari I Gusti Ngurah Rai ).





Pandawa Beach Resort



Keluar hotel, terus ke Pandawa Beach ( 1.5km ) entrance fee IDR15,000 @ RM4.60






Dari Pandawa Beach ke  Pura Uluwatu  ( 14km )  utk sunset viewing. Entrance Fee : IDR50,000/pax.  Disebelah tebing jurang ( cliff ) ada area persembahan Kecak dance, dah 2 kali datang pun x berminat nak tengok. Entrance fee ke Kecak dance IDR100,000 / RM30













On the way balik hotel singgah di  Waroeng SS ( Spesial Sambal ) , marbeles makanannya dan pedas berapi, ada 100 outlet di Indonesia, dan 2 di Malaysia @ TTDI & Setia Alam.









07/12/2023 : Day 2 : Uluwatu / Sanur / Nusa Penida

Gerak awal pagi dari Pandawa Hill Resort ke  Pelabuhan Sanur  untuk menaiki boat ke Nusa Penida ( Location parkir : Pelabuhan Sanur. Jl Pantai Matahari Terbit ), di sini disediakan ruang parkir berbayar untuk kereta dan motor ( parking motor 1 hari : IDR25,000 @ RM7.60. 



menuju ke parkir Pelabuhan Sanur

menuju ke kawasan parkir di Pelabuhan Sanur


parkir moto IDR25,000 / hari


Naik bot ke Nusa Penida  jam 8:30 pagi. Tiket kami beli thru Klook, harga RM33 / sehala        ( harga berbeza mengikut company yg menyediakan boat )



ke speed boat Sanur - Nusa Penida







45 minit perjalanan speed boat ke Nusa Penida


kata crew boat :  "bye-bye Kas Ros "..." Selamat Pagi Cikgu " Upin Ipin cukup terkenal di Indonesia

Entrance fee ke Nusa Penida   : IDR25,000 @ RM7.60 / pax. Sewa Vario IDR85,000 @ RM25 sehari untuk ronda-ronda Nusa Penida


check-in @ Cemara Beachfront ( 10km )


pantai menghadap hotel, airnya crystal clear

Jika menginap di Cemara Beachfront  , boleh book scooter dari hotel, boleh contact Pak Made HP ; 081359000127.

Selepas rehat terus ride ke  Kelingking Beach ( 21km ). Di Nusa Penida ini kena berhati-hati ride sbb jalan kecil, turun naik bukit dan setengah tempat jalan berbatu-batu tiada tar, macam naik kuda...hahaha













proceed ke Broken BeachAngel's Billabong ( 10km ), nak masuk area ni macam naik kuda, ada sebahagian jalan berbatu-batu dan tiada tar, tapi view breathtaking. Entrance  fee IDR1,000K/pax

menunggang kuda besi...hahaha


Angel's Billabong

Angel's Billabong di belakang




Broken beach, 50 meter dari Angel's Billabong


broken beach











08/12/2023 : Day 3 : Nusa Penida / Sanur Port / Ubud

Kami ambik boat awal pagi & dari Pelabuhan Sanur ke Ubud ( 22 km ) utk check-in di Bali Dream Resort Ubud ( resort ini  saya highly recommended )






tiba hotel awal, menunggu sementara bilik disiapkan



Bali Dream Ubud, highly recommended.


Alas Harum Bali ( 11km ), Entrance Fee IDR50,000 @ RM15 / pax

Alas Harum Bali, a greenery lush tropical rice terraces inspired, with 8 hectares area. Located in the heart of Tegallalang, 20 minutes ride from Central Ubud and 30 minutes from Kintamani.

Designed to provide a memorable experience, for adventure seekers to fun and instaworthy photo hunters. Enjoy the expansive iconic three-layered pool for those wanting to relax and soak in the day away from the bustling life, with 2 restaurants for culinary connoisseurs prove you that Alas Harum Bali is the perfect hideaway for any occasion, whether you’re leisure, romantic, or business, relax and recharge your mind at ease. Whatever you are looking for, discover your perfect escape at Alas Harum Bali.



kopi luwak













Monumen Presiden Soekarno ini dianyam dari buluh



 




Tegalalang Rice Terrace



Ubud Palace



09/12/2023 :  Day 4 : Ubud / Tanah Lot / Seminyak

Pagi-pagi jog di Campuhan Ridge Walk ( 1 km ) selepas 4 hari ' cuti ' berjoging









Tegenungan Waterfall ( 12km ) Entrance Fee IDR20,000










Taman Dedari  ( 17 km )



Di luar Taman Dedari berjumpa Lilis Karlina ( solo traveller dengan bermotor) yang menuntut di Universiti Bengkulu di dalam bidang Perbidanan. Peramah orangnya, kita jumpa lagi nanti di Kuala Lumpur, inshaAllah




Merempit terus utk check-in di 7 Bidadari Boutique Hotel , Seminyak  ( 30 km )


Sebelah petang ke Tanah Lot ( 17 km ), anak masa nak masuk etrance gate cakap pelat Indonesia, so staff tu charge entrance fee IDR20,000/ RM7 / pax ( untuk foreigner : IDR60,000 )












10/12/2023 : Day 5 : Seminyak / Kuta / Denpasar

Ole-ole Bali boleh dibeli di Krisna Oleh-Oleh, Agung Bali  & Joger . Di kedai-kedai cenderahati ini semuanya ada dari A to Z  , cuma siapkan rupiahnya aje...hahaha





Agung Bali

Joger

Kuta


Kuta Beach, berhadapan Hard Rock Cafe

Kuta Beach




ride ke airport


Makanan Muslim :

Waroeng SS ( Spesial Sambal ), Uluwatu
Warung Coconut , Nusa Penida
Warung Adi Nasi Ayam Bali, Sanur ( mahal sikit sbb 
Pak Jokowi pernah makan di sini...hahaha )
Warung Barokha Surabaya Pak Kumis , Ubud ( sedap )
Warung Mbak Arin Ubud
Ayam Tulang Lunak Bu Lik Berawa ( mmg sedap ) warung otw Tanah Lot ke Seminyak
Warung makan Nikmat, Kuta ( mmg sedap )
Bakso Solo Samrat, Kuta ( mmg sedap )


Perjalanan dengan motor bagi kami lebih praktikal disebabkan setengah kawasan jalannya cukup jam dengan motornya terlampau banyak, tak pernah tengok  rider motor sebanyak ini di Malaysia, ride dengan motor ini menyeronokkan sebab kita boleh plan perjalanan kita berbanding melancung mengikut agen perlancungan cuma ianya agak meletihkan ( di atas scooter 312km ) dan perlu berhati-hati di atas jalanraya


Anda mungkin berminat mengikuti :















































Saturday 11 November 2023

Backpack Hat Yai - Pakbara,Satun - Koh Lipe ( 4D/3N )



Last minute plan  Ke Hat Yai kerana masih ada  Thai Bath berbaki selepas ke Bangkok Julai lepas, tambah pula sekarang senang nak ke Pdg Besar sebab dah ada direct komuter dari Ipoh ke Butterworth/ Padang Besar ( sebelum ini komuter hanya bermula dari stesen Padang Rengas ).


Sekira nak ke Hat Yai & nak catch up train Padang Besar ke Hat Yai [ train tersebut bertolak 8:55am  ( waktu Thai ) / 9:55am (waktu M'sia ) ], perlu naik 1st komuter dari Ipoh, jam 4:40am, turun stesen Bukit Mertajam dan naik komuter dari B.M ke Padang Besar selewat-lewatnya 7:06am ( train yang sama dari Butterworth jam 6:55am ) 






Train ke 2 ( last ) dari Pdg Besar ke Hat Yai adalah pada jam 3:40pm ( waktu Thai ) / 4:40pm  ( waktu M'sia ).  Tambang train ke Hat Yai ialah THB50 @ RM8.00, beberapa bulan lepas tambangnya RM7.00. Tambang naik sebab kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sejak kebelakangan ini.


Sekiranya tidak sempat naik kedua-dua train ke Hat Yai, sentiasa ada van ke Hat Yai yang menunggu di sebelah stesyen KTM Pdg Besar dengan tambang RM30. 
Perjalanan dengan train ke Hat Yai mengambil masa 50 minit.




Terminal train ke Hat Yai bersebelah terminal komuter/ETS. Beli tiket train ke Hat Yai dulu then proceed ke bhg Immigresen M'sia and Thai di dalam bangunan stesyen KTM yang sama.



Sim kad Thai ada di jual di kiosk  tingkat atas stesen KTM, sim kad  1Gb 24 jam THB49    (RM8 ).....15Gb , 8 hari THB299 ( RM39 ), saya kekalkan guna U Mobile, set data roaming... U Mobile charge RM10 / 24 jam untuk unlimited data.













01/11/2023 ( Rabu ) - Day 1 :

Selepas makan tengahari di Hamid Restaurant, terus naik tut-tut ( TBH50/pax) untuk check-in  di Bhava Residence ( recommended... bilik bersih, Agoda review : 8.9/10 ), area berdekatan Central Festival & Asean Night Bazar ( dalam 200m ). 1st time duduk area sini, selalu di area Lee Garden Plaza /area Red Planet












Central Festival


Sebelum naik tut-tut ke apartment. kami book van ( van sharing ) kerana plan nak ke Pakbara, Satun esoknya dan tidor di Pakbara. Tambang THB200 ( RM26/pax ). 


tour agent sebelah Lee Garden Plaza

02/11/2023 ( Khamis ) - Day 2

Selepas pekena roti canai & kueh di Kelantan Restaurant ( dlm 200m dari Lee Garden     Plaza ), kami terus tunggu van di depan office tour agent.  Pakbara, Satun adalah lebih kurang 120km dari Hat Yai  dan driving ambil masa dalam 1 1/2 ke 2 jam, dalam perjalanan, van singgah di Hat Yai International Airport untuk pick up 2 couples dari Ukraine.


van yang amat selesa








jauhnya pulau-pulau dari Pakbara



Kami tiba di Pakbara jam 1:00 tengahari, 1st time sampai, pekannya macam sunyi aje😳 tanya tour agent tu, dia kata memang agak sunyi bila weekdays, terus kami tak jadi nak bermalam di situ & mujur belum book hotel lagi. Last-last kami tukar plan naik speedboat ke Koh Lipe 


Tanpa plan kami terus beli tiket speedboat pukul 1:30pm. Harga tiket THB600 @ RM78/pax. Sebelum masuk ke terminal jetty, untuk foreigners kena bayar THB220 @ Marine National Park fee THB200 @ RM26/pax dan THB20 ( RM2.60) utk pier/jetty fee😮, sementara tunggu speedboat kami book bilik @ Sunset Beach Resort. Perjalanan speedboat adalah selama 1 jam 30 minit. Kami naik Polisiam Speedboat.




entance ke Pakbara Pier, kena bayar THB220




Pier 5 : tempat menunggu boat
















Tiket juga boleh dibeli secara on line, tapi harga lebih THB100 ( RM13 ) sebab ada service fee.  Klik Di sini untuk booking on-line thru Thailand Ferry.






Kalau malas nak naik speedboat thru Pakbara Pier, boleh saja naik speed boat dari Langkawi tapi harga tiket agak tinggi sikit. Boleh booking & Klik Di sini . Tiket pergi balik RM312


















Check-in di Sunset Beach Resort














view dari bilik




Biasanya kalau book hotel thru  Agoda, semuanya ada aircond ( kecuali Cameron Highland ) tapi kalau di Koh Lipe kami terkena book bilik tanpa aircond walaupun unit aircond terpasang di dinding, kalau nak guna aircond, kena tambah THB200 ( RM26 ). Bila dah bayar tambahan, staff resort akan buka kunci padlock di main suis dan hidupkan suis aircond. Bila dah makan di kedai makan, baru tau caj bil  elektrik di pulau ni 2 kali lebih tinggi dari daratan Thailand sebab bekalan eletrik menggunakan generator.

Resort yang kami duduk fully booked dan majoriti " jiran-jiran " kami orang Spanyol.

Waktu malam, kami berjalan keluar 1km ke walking street dekat Koh Lipe pier untuk cari restoran muslim 





Kiri kanan Walking Street sepanjang lebih 100m macam-macam kedai ada...restoran muslim, 7eleven, tempat massage. cafe, bar, restoran seafood, kedai baju. cenderahati dan macam-macam lagi













kedua-dua restoran operated by muslim.



03/11/2023 ( Jumaat ) : Day 3
Hari Keputeraan Sultan Perak, Raja Nazrin Shah





breakfast







Check-in Varin Beach Resort










Highly recommeded Varin Beach Resort ini sebab resort menghadap pantai yang cantik, restoran-restoran makanan Muslim dalam 30m , tempat naik bot dalam 50m & masjid Al Marhamah cuma dalam 80m. 










Solat Jumaat di Masjid Al Hamimah i.e 500m dari Walking Street









 
ada sapa-sapa yang boleh tolong translate














Sebelah petang booked siap-siap tiket untuk naik Bundhaya speed boat ke Pakbara pier dan van ke Hat Yai esok, dinasihatkan beli tiket sehari awal sebelum perjalanan, takut-takut waktu perjalanan yang kita hendak, habis



04/11/2023 ( Sabtu ) : Day 4


brisk walk dari beack - walking street - masjid Al Marhamah







breakfast



menyeberang balik ke Pakbara, naik Bundhaya speedboat jam 9:30am









Balik , kapten ni bawak boat laju sungguh, 1 jam dah sampai Pakbara Pier ( masa datang sebelum ini 1 jam 30 min ), 15 minit selepas tu naik van dan kami sampai ke Hat Yai jam 1:30pm, just nice untuk naik train balik ke Padang Besar jam 2:00pm


Alhamdulillah, sepanjang travel, Allah lindungi dan permudahkan perjalanan kami.



Anda mungkin ingin mengikuti perjalanan kami :
























Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...