Friday, 25 December 2015

Tips Melancong Backpacking Ke Korea - Part 2/2



HARI KE - 4 : MYEONG-DONG & NAMSAN TOWER

Suhu pagi ini 3 celcius..


MYEONG-DONG

Kami cadang untuk mengambil photo berpakaian tradisional korea @ Hanbok di Myeong-dong. Kami ternampak ada kedai mengenakan bayaran sehingga RM120 untuk berpakaian Hanbok, tetapi kami akan berpakaian Hanbok dan mengambil gambar secara percuma di Seoul Global Cultural Center, ianya di Tkt 5, M - Plaza. Pergi ke kaunter Hanbok, daftar nama dan tunggu giliran anda, masa untuk berpakaian hanbok dan ambil gambar adalah  15 minit.





" maharaja, maafkan patek..."



Hari ini kami akan lakukan solat jamak takhir, isteri saya cuba lakukan solat di penjuru tempat awam di tkt bawah M Plaza tetapi semasa isteri saya nak mulakan  takbir, staff di situ menghalangnya dari bersolat di situ, kami cuba cari ruang dibawah tangga tetapi tak ada. Akhirnya kami nampak kiosk perniagaan yg ditutup, jadi kami solat disebalik kiosk tanpa orang ramai lalu lalang melihatnya. Disini untuk mencari surau amat sukar, kalau adapun mungkin di dalam restoren halal. Jadi perlu bersedia untuk solat dimana-mana sahaja asalkan bersih.


Kami ambil kesempatan untuk membeli & kemudian belah... hehehe. Myeong-dong ini menjadi tumpuan pelancong membeli belah & ramai yang mencari barang kosmetik & berjenama datang kesini. Memang banyak saya lihat kedai menjual kosmetik pelbagai jenama.





Di waktu malam terdapat pasar malam di Myeong-dong menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.

Arah ke Myeong-dong :

Myeongdong Station, Line 4 , Exit 6


Selepas solat Asar jamak, kami terus ke Namsan Tower. Towernya dah nampak tapi tak tau nak ikut arah mana sebab tak nampak pun Pacific Hotel. Jadi kami ikut cara "bodoh" iaitu masuk balik ke myeong-dong subway station dan cari Exit 3. Keluar dari  exit 3, dah nampak Pacific Hotel. Kami ke Namsan Tower guna cable car.Tiket untuk roundtrip ialah sebanyak 17,000 won untuk 2 orang .
















Arah Ke Namsan Tower ( Cable Car )

Myeong-dong Stations, Line 4, Exit 3 

Keluar dari Exit 3 akan nampak Pacific Hotel, ikut jalan ke Pacific Hotel, dihadapan hotel ada simpang jalan bentuk " V " , ikut sebelah kanan hotel mendaki bukit sehingga sampai cable car station.

Kami turun dari Namsan Tower dalam pukul 6, waktu tu memang dah gelap dan menuju balik ke pasar malam Myeongdong untuk merasakan suasana malam disana.







The Making of Korean Traditional Sweets

Oppa atas tu sambil buat sweets sambil cakap melayu...hehehe


HARI KE 5 - GEONGBOKGUNG PALACE, KOREAN FOLK MUSEUM, BUKCHON HANOK VILLAGE

Suhu jatuh lagi ke 1 celcius. 


GEONGBOKGUNG PALACE

Saya memang tidak besedia untuk cuaca sebegini kerana saya tidak bawa sebarang baju khas untuk musim sejuk dan cuma berkasut biasa.. Jari terasa menyucuk-nyucuk, begitu juga jari-jari kaki. Air hidung sentiasa mengalir tapi mujurlah tak menjadi selsema. Patutlah ramai penduduk tempatan memakai penutup hidung.

Pagi ini hujan turun renyai-renyai dan kami terpaksa berpayung. Dari hotel kami berjalan ke Geongbokgung Palace, tiket masuk ialah 3,000 Won. Saya ke kaunter untuk membeli tiket tetapi di kaunter terlekat poster kecil " admission today is free ". Saya bertanya kenapa hari ini percuma tetapi dia cuma jawab balik 'free' ( mungkin hari tu bekas Presiden Korea Kim Young-sam meninggal dunia seperti yang saya lihat di TV, agaknya le......hehe ).
\
Kawasan istana ni luas. ada empat istana lain, tak larat nak jalan, di paling belakang istana ialah rumah kediaman presiden.




Changing of The Royal Guard at Geongbokgung Palace












\Kediaman Presiden - dibelakang Geongbokgung Palace



Korean Folk Museum terletak bersebelahan Geongbokgung Palace


Arah Ke Geongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5 


BUKCHON HANOK VILLAGE

Bukchon Hanok Village ini tak jauh dari Geongbokgung Palace & Korean Folk Museum, walking distance tapi lengoh juga le berjalan, lagipuan tiada taxi atau bus kesana


Bukchon Hanok Village







Arah Ke Bukchon Hanok Village

Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2.
- jalan lurus kira-kira 300 meter sehingga sampai ke sana 


GANGNAM 

Dari Bukchon Hanok Village kami terus Gangnam untuk melawat Samsung-DLight di mana disini dipamirkan produk dan kelengkapan terkini Samsung







Gangnam At Night

Sekiranya kesuntukan masa, boleh skip tempat ini

Arah ke Samsung D'Light :

Gangnam Station, Seoul Subway Line 2, Exit 8

Selepas ke Gagnam kami ke Gwangjang Market untuk membeli kain ela dan barang-barang lain, Gwangkang Market ini adalah traditional market yang terbesar menjual kain sutera bermutu khasnya, kain-kain ela lain, cadar-cadar dan barangan kraf tangan. Malangnya kain sampai lewat, jam 9 malam lebih dan kebanyakan kedai dah tutup.


HARI KE -6 : GWANGJANG MARKET, INCHEON AIRPORT

Suhu jatuh ke negatif 2, salji mula turun.



Pagi-pagi kami dah bersesak bersama pekerja2 korea dalam kesejukan yang menyucuk menggunakan subway untuk ke Gwanjang Market untuk mecari barang yang kami tak dapat semalam, Kami tiba sebelum dalam jam 9 dan banyak kedai mula dibuka. Kami dapat apa yang kami cari dan bergegas balik ke hotel untuk check-out sebelum jam 12.







Salji mula turun di Incheon Airport


EVERLAND & LOTTE WORLD

Dua-dua tempat theme parks ini biasanya akan masuk dalam senarai wajib lawat oleh tour guide  tetapi memandangkan enam bulan lepas kami baru saja pergi ke Universal Studios S'pore, jadi kami skip shj tempat ini, lagipun tak seronok melawat tempat ini tanpa anak2 bersama.

TIPS : 

Makanan : Kami banyak memasak sendiri dan cuma makan di kedai masakan  muslim sahaja. Sentiasa waspada dengan makanan walaupun makanan seafood atau vegetarian kerana saya mendapat maklumat bahawa ada setengah pengusaha restoran seafood atau vegetarian yang memasukkan hirisan daging khinzir untuk "menyedapkan" makanan.
Contohnya Restoran Gosami ikan bakar yang terkenal dikalangan pelancung Muslim dari Malaysia yang dikatakan halal tetapi menghidangkan juga daging khinzir. (Klik disini ) untuk cerita sebenar mengenai restoran ini.

Makanan halal juga agak mahal. Untuk makan tengahari korean food, harganya dalam lingkungan RM90 ( 2 pax ). 

Solat :  Sentiasa bawa telekong & sejadah bersama. Untuk mencari surau adalah terlalu sukar dan kita terpaksa solat ditempat awam. Carilah kawasan lapang & bersih, contohnya di bawah tangga dan sebagainya

Apabila di Incheon Airport terdapat surau di departure hall, di Gate 24

Secara keseluruhannya trip kami ke Seoul amat menyeronok walaupun sedikit letih    ( pagi,petang panjat tangga subway ), ianya banyak memberi pengalaman baru pada kami, sebelum tiba kami bimbang soal keselamatan & cara guna subway, maklumlah tak pernah sampai ke sini. Namun selepas sehari disini, keadaan bertukar jadi seronok, di Seoul amat selamat dan tidak sukar untuk guna subway, walaupun sekali-sekala agak keliru. Kami rancang untuk bawa kesemua anak-anak di masa hadapan, in sha Allah.

- SEOUL, WE'LL BE BACK,  IN SHA ALLAH -

Catatan perjalanan yang lain :

Tips Melancong Backpackers Ke Korea - Part 1/2









            

No comments:

Post a Comment