Wednesday 28 September 2016

Non Alcohol Perfume @ Beach Street, Penang


SM Badjenid & Son @ Beach Street, Penang
Waze : S.M Badjenin & Son ( ya..dieja sebagai Badjenin )

Sudah hampir 15 tahun saya ke sini. Dulunya selalu ke sini bila attend regional  meeting di CIMB, Beach Street. Sekarang datang bila stok untuk kegunaan sendiri dah habis. Sabtu lepas bila balik Ptg Pauh, lari kejap ke sini sebelum ke kenduri kahwin anak jiran lama di SeberangJaya.




terlampau banyak tester, dah tak tau mana nak pilih


Size botol minyak wangi.  


Ramai peniaga-peniaga minyak wangi datang ke sini. Profit margin untuk bisnes ini agak baik juga kerana melebihi 45 peratus. Minyak wangi tanpa alkohol disini dijual mengikut bauan jenama-jenama terkenal kebanyakannya diimpot dari France.

Harga bergantung pada ounce/ml dan mengikut bauan.


Sebagai perbandingan , harga 1 ounce Distinctive, Brave Heart : RM14, Overnight : RM16 sedangkan 12ml Dark Hero lebih tinggi RM17. ( 1 ounce = 29.5 ml )



SM Badjenid ini cuma walking distance dari jeti feri sebelah pulau, terletak betul-betul disimpang traffic light lebuh pantai / lebuh chulia. Selepas beli minyak wangi, pekena pulak nasi kandar di sebelah i.e Restoran Kassim Mustafa....hahaha




Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

Tuesday 20 September 2016

Reunion 03 ex-DIA82, School of Accountancy

Rakan ex-DIA82, Dato' Joe, Menteri Kewangan 2 menyampaikan kata-kata aluan






Bob, roomate 2 semester terakhir

Manan, aktor & pengusaha Kopi Manan


Chmmy, Hashim, Ajis Melayu, Dato' Joe, ---- & Ard






















goodies




Last but not least, photo klasik graduation dinner

Sunday 18 September 2016

Aidil Adha di Perantauan



Tahun ini kami sekeluarga tidak beraya di kg. saya di Batu Gajah ataupun kg isteri di Permatang Pauh tapi sebaliknya kami beraya di Kota Bharu, Kelantan. Negeri Kelantan dan loghat pertuturannya bukanlah asing bagi saya kerana saya pernah menetap 6 tahun di Kuala Krai dari sekolah rendah sehingga ke tingkatan 5.

Jumaat, 9 Sept :  Kami menginap di homestay,  Gerik. 

Sabtu, 10 Sept    : Tengahari selepas majlis akad nikah saudara, kami terus ke KB. Jalan tidaklah jam sangat walaupun kereta berderet panjang disebabkan kereta terpaksa mengekori lori-lori.



henti di Tanah Merah, pekena durian kampung

Petangnya, check-in di Rose Homestay, Wakaf Che Yeh






Tempat penginapannnya selesa, bersih dan lengkap dengan kelengkapan asas. Berdekatan  dengan Masjid.Terima kasih kepada pemilik, En. Mazri. [ 013-9868009 ]

Selepas asar, kami ke Ketereh.



Isteri ziarah  Puan Nurawati, rakan sekolah semasa di Convent, Bkt Mertajam.

Ahad  : Jam 3 petang, check-in di Khalifa Suites, kami booked bilik bukannya melalui Khalifa suites tetapi melalui pemilik suite persendirian. Jika melalui Khalifa suites, jenis biliknya adalah Deluxe Suites. Suitesnya luas, bersih dan amat selesa dan lengkap dengan dapur memasak, sesuatu yang amat kami perlukan bila bercuti disini kerana kedai makan tidak dibuka pada hari raya aidil adha. Satu perkara yang menarik, suite apartment ini bersebelahan masjid negeri, Masjid Muhammadi. Bila azan berpusu-pusu jemaah turun dari hotel ke masjid, terasa sepert berada di Mekah/Madinah.






Pantri

Terima kasih kepada Puan Noor, pemilik suite [ 019-2695670 ]

Isnin : 10 Zulhijjah 1437H, Hari Raya Aidil Adha


Masjid Muhammadi, takbir di pagi raya



4 dari 5 anak perempuan siap untuk solat Aidil Adha


Terima kasih pada Puan Isteri kerana awal-awal pagi sediakan nasi impit, spagetti, puding mangga, halwa buah kabung dan tapai pulut, macam beraya di rumah le pulak...

Tengahari, beraya di rumah makcik Rose di Jalan Guchil Bayam, KB jiran keluarga saya semasa di Kuala Krai. Pertama kali berjumpa selepas 35 tahun !





Beraya di rumah Dr. Ariffin di Wakaf Sena









Anak Dr. Ariffin ( 2 dari kiri ) adalah rakan anak saya semasa di Uitm 


Beraya di rumah En Anuar, Kg. Tiong, Pendek


Terima kasih kepada keluarga Makcik Rose, Puan Nura, Dr. Ariffin dan En Anuar kerana sudi dan bersusah payah menerima kunjungan hari raya kami

Selasa : 11 Zulhijjah , hari tasyrik

Selepas seharian makan-makan semalam, pagi ni cari makan lagi....


Nasi Kak Wok


Roti Titab, a must try





Kami check-out jam 11.45 pagi, perlu awal supaya tidak lewat malam melalui Lojing. Jalan dari KB ke Kuala Krai agak jam. Solat asar di Gua Musang dan Alhamdulillah tiba  di Ipoh, jam 8 malam. 







Day Trip Ke Narathiwat, Thailand

Kami ke Kota Bharu, dua minggu sebelum Ramadhan, awalnya rancangan cuma 3H/2M bertukar menjadi 6H/5M ( disebabkan ke cancellation of 1st tri...